Tuesday, May 26, 2009

Tahniah dan teruskan usaha - Dato' Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR - YB. Dato' Ibrahim Ali mengucapkan sekalung tahniah kepada para blogger rakyatpasirmasdkl.blogspot.com yang telah mewujudkan satu laman web khas untuk rakyat Pasir Mas yang menetap di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di kediamannya di Taman Melawati. Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan usaha murni yang dilakukan secara sukarela ini. Beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh para pengundi di Pasir Mas tbaru-baru ini, berseloroh "tidak kira menetap di mana sahaja termasuk di ibukota ini, adalah menjadi tanggungjawabnya menjaga kebajikan dan kepentingan rakyatnya".

Sempena kehadiran pasukan ini ke rumahnya, YB. Dato' telah menyatakan dengan sepenuh hatinya akan menjadi penaja utama dan bersedia menjadi Penaung kepada kelab yang bakal ditubuhkan untuk merealisasikan impiannya berjasa kepada rakyat bertetapan dengan slogan beliau 'Rebah Bangun Bersama Rakyat'.

Diakhir pertemuan, beliau sekali lagi mengulangi sentiasa bersedia berkhidmat untuk rakyat khasnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor ini dengan pesanan, jadikan laman web ini sebagai perantara dengan beliau.

Saturday, April 25, 2009

Selamat Datang Ke Blog Rakyat Pasir Mas Di Kuala Lumpur

Kami anak watan Pasir Mas yang mencari rezeki dan menimba ilmu di kota raya yang besar ini, mengalu-alukan semua warga pasir mas di sini mendaftarkan diri sebagai ahli komuniti.

Tujuan blog ini diwujudkan, antara lain adalah untuk :

i) memupuk pertalian silaturahim antara satu sama lain
ii) berkongsi kisah kejayaan, ketabahan masing-masing semasa di perantauan
iii) bersama-sama untuk bergerak seiring dalam suasana senang ataupun susah
iv) dan pelbagai permasalahan supaya dapat menimbulkan rasa pertolongan antara satu sama lain

hubungi segera kami dengan mendaftar di BUKU LAWATAN RASMI RPM@KL

SEMOGA DENGAN KERJASAMA SEMUA DAPATLAH KITA SEMUA BERSATU WALAUPUN JAUH DARI KAMPUNG HALAMAN